BLOGGER TEMPLATES AND MySpace 1.0 Layouts »

Thursday, 27 October 2011

Bab 3 : SIAPA PENGETUA?

Punya baik ayat buka cerita pasal sekolah. sekali lupa sapa pengetua?
Eh, bukan lupalah.Sebenarnya nak buat 'post' istimewa untuk tuan pengetua.

Yo, la tu jang. Ko jangan nak membongak jo!

Sekali loghat Nogori daaa....


Haa! Inilah pengetua sekolah aku. ini pengetua baru namanya En. Rusli Bin Sharkom.
Beliau menggantikan En. Isa Bin Kasim. Tapi sekarang beliau dah bertukar sekolah di Ampangan.

Masa zaman pemerintahan beliau ni. Perhhhh! memang syok!

masa perhimpunan berdiri, tak boleh duduk. kalau 2 jam perhimpunan, maka 2 jam kena berdiri. Beliau kata, kami lagi muda dari beliau. Kalau beliau boleh. Kenapa kami tak boleh?

Semua pelajar lelaki rambut mesti kemas. Nak dijadikan cerita, pada suatu hari beliau pernah buat 'spot-check' besar-besaran. Penuh budak lelaki yang rambut panjang terpacak berdiri dekat tempat letak kereta guru kena botak nombor 2. hehehehe.. 

Itulah serba sedikit tentang beliau.

Terima Kasih, Jasamu Dikenang.

BAB 2 : DI SINI


Ini sekolah aku, yang sudah aku tinggalkan tidak lama dulu. DI SINI tempat aku menuntut ilmu, DI SINI aku mengukir beribu kenangan gelak tawa dan duka bersama teman, dan DI SINI aku terus maju mengejar impian.

Dulu masa zaman aku, sekolah ni dikenali sebagai 'Sekolah Menengah Teknik Port Dickson, tapi sekarang sudah bertukar nama sebagai 'Sekolah Menengah Vokasional Port Dickson'

Di Sekolah ni lah terjadinya babak kenangan aku dengan kawan-kawan. 
Kita orang belajar dalam satu kelas. Nama kelas tu 'Pengurusan Perniagaan'. 

Penghuni kelas ni datang dari pelbagai negeri, berbeza latar belakang, tapi bangsa kami sama. hehehe. Maklum sajalah, pelajar Melayu majoriti dalam sekolah ni. Seingat aku, pelajar Cina tak  ada langsung dan pelajar India ada 2-3 orang, mungkin.

Nak tengok kelas aku?


Haaa! Ni lah kelas aku dan kawan-kawan. tapi ni kelas masa Tingkatan 5. Kelas masa Tingkatan 4 aku tak ada gambar. Masa tu 'junior', kalau 'langsi', 'mati'.Mana berani bawa kamera 
Jadi kenalah aku menjaga status. hehehe...

Maaflah, agak berserabut kelas aku ni. Ini waktu sebelum masuk dewan nak SPM. Lupalah pula subjek apa. hehehehe....


Ini?
Inilah guru kelas aku. 
Yang berbaju hitam tu, namanya Madam Koay Hooi Khim. Mengajar aku Sains.Guru kelas B.
Yang berbaju biru tu, Puan Noraini Binti Ishak.Beliau merupakan 'Bendahari PIBG'.Guru kelas A. Mengajar aku Perakaunan Perniagaan. 
(kalau tak silap).. :D
Sampai aku disahkan menghidap 'Kanser Telinga'
hehehehe.. Maaf,cikgu. Saya nak mengimbau kenangan silam kita bersama je. :)

Ini sapa pula?


Haa! Nilah cek nak habak mai ni. 
Inilah 'Sivaji the boss'. Eh, taklah! tak pasal-pasal markah matematik aku kena tolak pula.
Inilah SIR SARUGUNAN A/L SHANMUGAM.
Beliau mengajar subjek matematik sejak dari tingkatan 4 sehingga tingkatan 5.
Beliau juga dulu merangkap Guru Kelas B. Tapi lepas tu tidak lagi. Beliau ni hebat tau. Bila masuk kelas aku satu buku pun beliau tak bawak. (kadang-kadang je. hehehe..)
Beliau juga merupakan Setiausaha Peperiksaan. Semua yang berkenaan dengan peperiksaan beliaulah orang yang bertanggungjawab.


Macam Situasi gambar di atas. kita orang tengah balut meja untuk SPM.

Wednesday, 26 October 2011

SMTPD-PPN-09-FILEM BOX OFFICE PPN MUSIM 2009


INI PULA??
Haa! Inilah Hasil Kreativiti Kawan 'aku'..
TERIMA KASIH

MUHAMMAD HARMIZZIE